Assalamualaikum wbt. & Salam Sejahtera kepada semua,

10 PESANAN RASULULLAH S.A.W TERHADAP WANITA

1
Dunia ini ialah Perhiasan  dan Sebaik-baik Perhiasan ialah wanita (isteri) Solehah. (Riwayat Muslim).


2
Wanita Yang memakai bau-bauan dan kemudian keluar melintasi lelaki ajnabi dengan niat mahu mereka mencium bau harumnya adalah perempuan zina. Dan setiap mata yang memandang juga adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabrani dan Hakim)

3
Wanita dikahwini kerana Empat perkara, iaitu Hartanya, Keturunanya, Kecantikanya & Agamanya. Maka carilah mereka yang kuat Beragama. Nescaya Kamu Beruntung.

4
Apabila wanita sembahyang Lima Waktu, Berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, Memelihara Kehormatan serta taat pada suami, Maka masuklah di mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabrani, Anas dan Malik).

5
Perempuan Yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bukan Untuk Suami dan Muhrimnya adalah seumpama Gelap Gelita di Hari Kiamat. Tiada Nur baginya. (Riwayat Tarmizi).

6
Apabila seorang wanita lari dari rumah Suaminya, tidak ditrerima sembahyangnya sehingga dia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya memohon maaf. (Riwayat dari Hassan).

7
Wanita yang taat kepada Suami, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan beristighfar baginya selama dia masih taat kepada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8
Dari Muaz bin jabal bersabda Rasulullah S.A.W: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tanganya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tanganya dari bakaran api neraka.

9
Setiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan Agama, maka Allah memasukannya dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan Syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya.

10
Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi Siratul-Mustaqim.

-Petikan Dari Sumber-

No comments

We will not be responsible for any losses, damages and anything related to your comment. Please provide Ur Name(nickname accepted), Location and Your Support/Creative Comment/Feedback/Question, etc. Have a Pleasant day.

Popular Posts

Web Hits

Powered by Blogger.