~Salam 1Malaysia.. Salam 1Dalam Berjuta~

..Assalamualaikum utk Saudara2 Saudari2..

            Sebagai seorang islam memang tidak lari dari tunggak enam terpenting dalam agama Islam yang akan Menapak tiang Iman dalam hati agar lebih bertaqwa.. jadi kat sini sy cuba kongsikan sedikit tentang RUKUN IMAN. Rukun Lima sy dah pos kat entry sebelum nih.. so rasa tak lengkap la kiranya ada entry tentang RUKUN ISLAM mesti ada entry tentang RUKUN IMAN pula.. ye tak?

            Namun sy takde la ulasan baik untuk diberi ngan saudara-saudari semua.. jadi sy jus berikan semua yang sy baca dari sumber bacaan kat DIARI ni..(mintak izin kongsi ar dengan penulisnya) hehe.. mudah2an kita semua dapat study semula kefahaman kita tentang semua perkara2 wajib ni.. :).. memang diakui.. bab2 rukun ni semua orang bleh ingat keenam2 nya.. siap bleh hafal pengertian dan hurainya.. Namun persoalan yang paling penting adalah penghayatan & praktikal.. dimana ia akan mengajar kita tentang ihsan dan ikhlas.. mengikis perkara hina dari hati.. insyallah..


RUKUN IMAN
(Sumber: DIARI ISLAM2011)
 
Ertinya bagi meningkatkan batas-batas KeIMANan serta keyakinan dan kepercayaan kepada Tuhan.

PERCAYA KEPADA MALAIKAT
Dengan iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukan diri serta hati kita hanya kepadaNya sahaja. Secara positif kita menuju tauhid yang semurni-murninya dan dan secara negatidnya kita menolak segala bentuk pemujaan lain selain ALLAH S.W.T.

PERCAYA KEPADA MALAIKAT
Dengan iman kita mempercayai adanya makhluk ghaib yang bernama malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut perintah ALLAH. Secara positifnya kita percaya kepada alam ghaib yang ditegaskan oleh ALLAH dan secara negatednya kita menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak dinyatakan oleh ALLAH.

PERCAYA KEPADA KITAB AL-QURAN
Dengan beriman kepada kitab-kitab suci, kita mempercayai adanya kitab-kitab ALLAH yang memimpin manusia, yang ditutup dan diakhiri dengan kitab Al-Quran.

PERCAYA KEPADA NABI-NABI DAN RASUL
Dengan beriman kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul, kita mempercayai adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberi petunjuk, yang diakhiri oleh Nabi Muhammad S.A.W.

PERCAYA KEPADA HARI KIAMAT
Dengan Iman, kita mempercayai bahawa sebalik kehidupan didunia yang fana ini, masih ada lagi kehidupan yang abadi dan lagi berkekalan iaitu suatu tempat penentuan kedudukan manusia samaada di syurga atau di neraka.

PERCAYA KEPADA QADA’ & QADAR
Dengan beriman kepada Qada’ & Qadar, kita mempercayai bahawa disamping kita berusaha dan merancang akan kehidupan didunia ini, Allah telah menentukan sesuatu dan semua tersebut terletak dalam kekuasaanNya.

~(Sumber: Diari Islam2011)~

            Alhamdulillah semoga dengan info yang serba ringkas ini dapat la kita sama2 menghayati semula pengertian sebalik perkataan beriman kepada RUKUN IMAN, kerana amat mudah bagi kita untuk melafazkanya.. tapi amat sukar kita untuk laksanakanya dalam kadar yang dituntut Agama. Segala yang ada di dunia ini juga sementara, seperti mana yang kita dapat dari Rukun Iman, mempercayainya.. beriman, maka insyaallah tidak mudah bagi kita untuk berada dalam kecimpung kemaksiatan..:) jadi jangan sia-siakan masa kita di dunia.. yang kekal di sana.. yang disini hanyalah sementara..


-Insyallah-


“…Hidup itu sementara, jadi hargainya wahai teman2 ku...”

No comments

We will not be responsible for any losses, damages and anything related to your comment. Please provide Ur Name(nickname accepted), Location and Your Support/Creative Comment/Feedback/Question, etc. Have a Pleasant day.

Popular Posts

Web Hits

Powered by Blogger.