Assalamualaikum wbt..

                Alhamdulillah, sekali lagi kita dipertemukan dengan Hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. insan contoh terunggul yang membawa cahaya dan Rahmat keseluruh Alam.. jadi sy tertarik dengan artikel yang ada dalam diari Islam 2010, tentang mengenali Rasulullah. Jadi sy titipkan di sini utk dikongsi bersama dengan para rakan dan sahabat, terutamanya keluarga.. moga2 dengan mengenali Rasulullah, maka akan bertambah2 la keazaman kita untuk melaksanakan sunnahnya.. Insyaallah.. (^_*)..

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH
(Sumber: Diari Islam 2010)

            Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan baginda lantas melafazkanya keislamanya dan mengaku akan kebenaran yang disampaikan oleh Baginda. Di antara kata-kata yang dituturkan oleh para sahabat ialah:

1.    Aku belum pernah melihat lelaki  yang sekacak Rasulullah s.a.w.

2.    Aku melihat cahaya dari lidahnya..

3.    Seandainya kamu melihat baginda, seolaha-olah kamu melihat matahari terbit.

4.    Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

5.    Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

6.    Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

7.    Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.

8.    Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

9.    Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

10.  Wajahnya seperti bulan purnama.

11.  Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.

12.  Urat darah kelihatan di antara dua kening dan Nampak semakin jelas semasa marah.

13.  Mata baginda hitam, dengan bulu mata yang panjang.

14.  Garis-garis merah dibahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli dibahagian sudut.

15.  Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

16.  Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

17.  Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang dibahagian depan.

18.  Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

19.  Janggutnya penuh dan tebal menawan.

20.  Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca warna, lehernya putih seperti perak sangat indah.

21.  Kepalanya besar tetapi terlalu elok bentuknya.

22.  Rambutnya sedikit ikal.

23.  Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinganya dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi.

24.  Rambutnya terbelah ditengah.

25.  Ditubuhnya tidak banyak ramnbut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.

26.  Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih dari biasa.

27.  Seimbang antara kedua bahunya.

28.  Pergelangan tanganya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun rapi dengan cantik.

29.  Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

30.  Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

31.  Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

32.  Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.

33.  Warna putihnya lebih banyak.

34.  Warna kulit baginda peutih kemerah-merahan.

35.  Warnanya putih tapi sihat.

36.  Kulitnya putih lagi bercahaya.

37.  Binaan badannya sempurna, tulang temulangnya besar dan kukuh.

38.  Badannya tidak gemuk.

39.  Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana kacak.

40.  Perutnya tidak buncit.

41.  Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan orang ramai baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka.


KESIMPULANYA:

            Nabi Muhammad s.a.w. adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan didunia untuk mengingatkan kita. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucap salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkanya masuk “Maafkanlah, ayahku sedang demam”, kata Fatimah yang membalikan badannya  dan menutup pintu. Kemudian ia kembali kepada ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan dan bertanya kepada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku”. “Tak tahulah ayahku, orang yang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap purterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan nikmat sementara, dialah yang mmemisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut”, kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.

            Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan Jibrail tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jabrail yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dadn penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasulullah denga suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

            “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuatir, wahai rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “Ku haramkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini”.

            Perlahan-lahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya tertunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikah kau melihatku, hingga kau palingkan muka mu Jibril?” Tanya Rasulullah pada malaikat pengantar wahyu itu. “Siapa yang sanggup, melihat kekasih Allah direntap ajalnya,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengerang kesakitan, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. “Ya Allah, dasyhatnya rasa maut ini, timpakanm saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. “Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “Uusiikum bis-salaati, wamaa malakat aimaanukum – peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” Di luar pintu, tangisan mulai terdengar bersahutan, sahabat, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutup tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummati, Ummati, Ummatiii!”- Umatku, Umatku, Umatku” dan, berakhir lah hidup manusia mulia yang memberikan sinaran itu. Mampukah kita mencintainya sepertinya?. Allahuma Solli ‘alaa Muhammad wa’alaihi wasahbihi wassalim. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

“Berjaya dalam hidup sekarang ini ialah
lambang orang yang bekerja keras. Hanya orang yang
bekerja keras dan kuat berusaha akan menikmati kejayaan.
Dan hanya orang yang berani saja akan mampu menterjemahkan
Kejayaanya dalam bentuk benda. Dan hanya dengan orang yang betul-betul berdaya,
Berkeupayaan dan berkemampuan saja yang sanggup
Memiliki benda yang jarang-jarang orang mampu milikinya.”

~Sumber: Diari Islam 2010~

-Insyallah-


“…Mantapkan ilmu membentuk ukhuwah, kenali Rasul, amalkan Sunnah...”

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SweetLife,SweetSmile,SweetHeart
Mr.D@Mrs.D

No comments

We will not be responsible for any losses, damages and anything related to your comment. Please provide Ur Name(nickname accepted), Location and Your Support/Creative Comment/Feedback/Question, etc. Have a Pleasant day.

Popular Posts

Web Hits

Powered by Blogger.