Disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyah di lembah Uranah, Gunung Arafah
Insyaallah, tidak akan tersesat selama-lamanya

“WAHAI manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini”.

“Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi”.

“Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang”.

“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka berjaga- jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil”.

“Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang”.

“Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan belemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina”.

“Wahai manusia, dengarlah bersunggah- sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu”.

“Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku”.

“Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain”.

“Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hambaMu”.

Dalam khutbah terakhir Nabi SAW ada 3 perkara yang penting :
1. Mengenai HAK (Perlunya menunaikan HAK kepada setiap yang ber HAK)

2. Mengenai pentingnya mengamalkan agama sepertimana yang telah ditunjukkan oleh Baginda SAW.

3. Kepentingan usaha penyebaran agama ke seluruh dunia.

Khutbah terakhir ini juga sebenarnya merangkumi apa yang telah diperjuangkan Nabi SAW semasa usahanya selama 23 tahun di Mekah dan Madinah.

Selepas kewafatan Nabi, Sahabat2 RA yang diberi kefahaman tentang ucapan ini telah bertebaran ke seluruh alam sehinggakan mereka syahid di hujung-hujung dunia. Orang yang paling faham ialah Abu Bakar RA. Sebab itulah ketika kebanyakan orang Islam mengesyorkan supaya jemaah Usamah bin Zaid RA tidak perlu ke medan jihad sebaliknya bertahan sahaja di Madinah, Beliau berkata "Setiap orang telah mendengar kata-kata Nabi SAW supaya jemaah ini dikeluarkan ke medan jihad. Tidak ada gunanya tentera ini kalau kata-kata Nabi SAW tidak disempurnakan. Jemaah ini mesti dikeluarkan "

WabillahiTaufiq Walhidayah
~.Wassalamualaikum wbt.~

(Petikan Dari Sumber2)

Sekilas Dari Author,
Alhamdulillah sesungguhnya Rasulullah merupakan contoh terpuji, menjadi contoh kepada semua umat islam.. tidak kah kita mahu memiliki keperibadian seperti beliau.. keperibadian nya tunggak kepada kita untuk menggapai Ketaqwaan yang sempurna dalam menemui kasih ILAHI.. menjadi insan yang dikasihi disisi Allah.. apa yang penting disini.. kita bukan Nabi, kita bukan Rasul.. namun kita boleh menjadikan keperibadian yang baik dari mereka sebagai asas kita dalam menjalani kehidupan, mendapatkan kebaikan sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak.. kita tidak maksum seperti baginda Rasulullah dan para Nabi.. tapi selagi kita bertaubat, dengan sebenar-benarnya taubat.. ingat pada Allah.. bertaqwa dengan mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya InsyaAllah,.. menuju Syurga bukan satu perkara yang susah,.. InsyaAllah. Oleh itu, sy berpesan pada diri sendiri dan teman2, marilah kita mengambil iktibar dari Khutbah terakhir ini, hayati.. pasti kite merasa betapa untungnya kita umat akhir zaman ini di kasihi Rasulullah.. seperti mana yang  termaktub dalam kisah sebelum kewafatan Baginda… insyaallah,.. amin..

-InsyaAllah-

“..Jangan Mudah Untuk Berpuas Hati Dengan Apa yang telah kita kecapi, kerana bila-bila masa Ianya akan kan Kembali pada Ilahi..”

-----------------------------------------------------

No comments

We will not be responsible for any losses, damages and anything related to your comment. Please provide Ur Name(nickname accepted), Location and Your Support/Creative Comment/Feedback/Question, etc. Have a Pleasant day.

Popular Posts

Web Hits

Powered by Blogger.