..Assalamualaikum W.B.T.. tuan2 hamba sekalian.. hehe..


            Hari ni.. detik dan saat ini hamba nak shared2 perkara wajib dan rutin yang hari2 kita semua sebagai Islam amalkan dan ianya menjadi asas nilaian kita sebagai Muslim. Bila sebut je tentang Rukun Islam memang kita dengan bersahaja akan jawab …”ish senang je nih..” .. “la.. aku dah tau da..”.. “ala kacang je tu..” “aku belajar masa sekolah rendah lagi da..”. Bermacam2 lagi la jawapan kita semua bila diajukan berkaitan dengan Perkara Asas sebagai seorang Islam.. tidak kurang juga ada segelintir Hamba2 Allah yang mendabik dada mengatakan “ala setakat Rukun Islam budak sekolah rendah pun boleh jawab..”

            Namun disini bukan perkara  sedemikian menjadi persoalan.. persoalanya.. adakah pengertian, penghayatan kita dalam melaksanakan nya mampu melindungi iman di hati kita yang dikatagorikan seperti senipis kulit bawang ni.. Andai dilaksanakan adakah kita akan istiqamah untuk meneruskanya.. adakah penghayatan kita terhadap RUKUN 5 ni boleh meneguhkan keimanan kita agar tetap bertaqwa pada Allah SWT. Mampu kah ianya membentuk sahsiah baik dalam diri dan cukup ke keikhlasan kita menghayati nya?, cukupkah kejiwaan kita pada RUKUN ni menjamin kite berada di syurga?.. sama2 kiter renungkan ye.. tahap mana kite dapat menjiwai, sejauh mana keindahan iman itu dapat anda rasai..:) so entry kali ni insyaallah.. mari kita sama2 buat ulangkaji..

RUKUN ISLAM
(sumber: Diari Islam 2011)

Ertinya menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah melalui  seluruh hidup kita, jiwa raga kita dan harta milik kita sehingga tertegaknya KEISLAMAN yang sempurna.

MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT
“Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Nabi MUHAMMAD itu adalah pesuruhanya”
Dengan Shyadatain, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah kita bahawa yang Maha Esa itu adalah ALLAH s.w.t. dan Nabi MUHAMMAD s.a.w. itu adalah pesuruhnya.

SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM
Dengan sembahyang, kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita dengan menyembah kepadaNYA. Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga dan fikiran terpusat dengan mengikuti sususnan rukun sembahyang yang diajarkan oleh Nabi s.a.w.

MENGELUARKAN ZAKAT
Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Tuhan dengan menyerahkan sebahagian harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya mengikut agama.

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN
Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada ALLAH. Dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhi segala laranganNya, secara tidak langung akan melahirkan rasa keinsafan didalam peribadi kita serta meningkatkan ketaqwaan kepada ALLAH s.w.t.

MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH
Dengan mengerjakan Haji, kita menyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita, dan mengunjungi Baitullah bagi kita yang mempunyai kemampuan sekurang2nya sekali untuk seumur hidup.

 ~Sumber Diari Islam 2011~


            Alhamdulillah, pengertian yang ada diatas ni, adalah ringkas, moga dengan sedikit pengertian tersebut bolehlah kita semua menghuraikanya dengan lebih bestari.. sesungguhnya akal yang telah dikurniakan pada kita digunakan lebih banyak dijalan Allah pasti kita tidak akan menyesal memiliki kehidupan..hehe. setakat ni dulu ye Hamba nak undur diri buat seketika.. nanti2 hamba buat new post yea.. apa pun sama2 la kita berdoa memohon keredhaaNYA.. kerana doa itu senjata ampuh pelindung Mukmin. :).. 

-..insyaallah..-

“…Menjaga Hati Dengan Menjaga Kewajiban Kita Sebagai Insan & HambaNya...”

-----------------------------------------------------

No comments

We will not be responsible for any losses, damages and anything related to your comment. Please provide Ur Name(nickname accepted), Location and Your Support/Creative Comment/Feedback/Question, etc. Have a Pleasant day.

Popular Posts

Web Hits

Powered by Blogger.