Laman Web Rasmi Jabatan Agama Islam Sarawak Official Website of Department Islamic Affairs of Sarawak

Pada 17 Disember 1954 kerajaan telah meluluskan satu perundangan dengan nama Majlis Islam (Incorporation) Ordinance Chapter 105. Dengan ordinan tersebut tertubuhlah "Council of Religion and Malay Customs" atau Majlis Islam dan Adat Melayu. Perkara yang berhubung dengan hal ehwal Islam di Negeri Sarawak ditadbir secara langsung oleh Majlis Islam Sarawak.

Setelah Sarawak merdeka dalam Malaysia, tugas dan tanggungjawab Majlis Islam Sarawak dalam mengendali urusan hal ehwal Islam di Sarawak semakin mencabar dan berat. Beberapa pindaan dan tambahan telah dilakukan kepada Ordinan Majlis Islam Sarawak tersebut yang memberi kuasa yang lebih luas kepada Majlis Islam. Dengan diperluaskan bidangkuasa ini kerajaan merasa perlu Majlis Islam Sarawak menumpu perhatian kepada soal-soal dasar yang berkaitan dengan Islam sahaja. Perlaksanaan dasar-dasar dan pentadbiran diserahkan kepada satu jabatan khusus yang bertindak sebagai urusetia kepada Majlis Islam Sarawak.

Tertubuhnya Jabatan Agama Islam Sarawak pada 17 Ogos 1990 bertujuan untuk memperkemaskan lagi pentadbiran hal ehwal Islam di negeri Sarawak. Perlaksanaan dasar dan pentadbiran Islam di jalankan oleh Jabatan dan Majlis Islam Sarawak sebagai kuasa tertinggi mengenai Islam di Sarawak hanya menggubal dan meluluskan soal-soal yang berhubung dengan dasar.

Jabatan Agama Islam Sarawak telah diperuntukkan Kepala No.49 oleh Setiausaha Kewangan Negeri.

Sumber : Bhgn. Sebaran Am, JAIS

No comments

We will not be responsible for any losses, damages and anything related to your comment. Please provide Ur Name(nickname accepted), Location and Your Support/Creative Comment/Feedback/Question, etc. Have a Pleasant day.

Popular Posts

Web Hits

Powered by Blogger.