~ya Allah kurniakanlah kami kekuatan sepanjang perjalanan ini~

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami memohon kepadaMu agar majlis perkahwinan pada  1 Rejab 14_H diberkati olehMu
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami menadah kedua belah tangan untuk memohon
Agar Engkau berkati, rahmati dan redhai hdp kami ini
Kurniakanlah kepada si suami ibarat keteguhan cinta Saidina Ali kepada Fatimah
Kekuatan untuk menjadi suami dan ayah
Yang mampu memandu, membimbing dan mendidik
Isteri dan anak-anak
menuju ke jalan yang Engkau redhai
Anugerahkanlah pula kepada si isteri kehebatan kasih Saidatina Fatimah kpd Ali
Keupayaan untuk menjadi isteri dan ibu
Yang mampu menjaga maruah diri serta mengasuh
Anak-anak yang menjadi amanah
Kurniakanlah kepada kami
Ya Allah
Zuriat yang soleh solehah
Dan agar berkekalan hubungan  ini Sehingga ke dalam syurga
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Teguhkan iman kami
Mantapkan aqidah kami
Mudahkan urusan kami
Murahkan rezeki kami
Halalkan makan minum kami
Berkatilah kehidupan kami
Dan matikanlah kami dalam Iman dan Islam
Masukkanlah kami ke dalam syurgaMu
Hindarkanlah
kami dari azab nerakaMu
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Ampunkanlah dosa kami,
Dosa kedua orang tua kami,
Dosa ahli keluarga kami
Sesungguhnya kami telah banyak melakukan dosa
Baik yang zahir mahupun yang batin
Yang kecil mahupun yang besar
Sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan dosa kami Ya Allah
Maka ampunkanlah dosa kami Ya Ghaffar
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Berilah kekuatan kepada kami membina individu Muslim yang taat kepadaMu
Keluarga Muslim yang mengamalkan nilai hidup Islam
Masyarakat Muslim yang tinggi nilai ukhuwwahnya
Dan negara yang baik serta mendapat keampunanMu
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Jadikanlah kami yang telah berkahwin ini
Menjadi contoh yang hidup kepada pengantin baru
Dalam melayari bahtera rumahtangga
yang kadangkala tenang dan kadangkala bergelora
Kurniakanlah mereka kekuatan iman dalam
menempuh segala cabaran yang mendatang
Amin Ya Rabbal Alamin.

~ Amin~

No comments

We will not be responsible for any losses, damages and anything related to your comment. Please provide Ur Name(nickname accepted), Location and Your Support/Creative Comment/Feedback/Question, etc. Have a Pleasant day.

Popular Posts

Web Hits

Powered by Blogger.