[Mengelak Sihir:Petikan Artikel]
Dibawah ini dinyatakan cara-cara atau amalan yang boleh dilakukan
untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau
pengamal ilmu hitam. Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda. Ia boleh
menyerang anda.. ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan
gangguan syaitan.

1. Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
(Riwayat Abu Daud Dengan Sanad)
2. Berwuduk Sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang
mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah
S.W.T kepada meraka. Sabda Rasulullah s.a.w : Ertinya:
"Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu,
Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci
terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda bersamanya"

Malaikat tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk
mengucapkan doa: "Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia
telah tidur dalam keadaan bersuci"
(Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)

3. Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang
muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. bersikap sambil lewa
terhadap solat berjamaah akan menyebabkan syaitan akan mengambil
peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama
kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan
lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah saw telah bersabda: Ertinya:

"Mana-mana kampung mahupun kawasan hulu yang tidak mendirikan solat
berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan
didampingi oleh syaitan"

Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah, sesungguhnya serigala akan
memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.


4. Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari Sihir.
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah
mempermudah-mudahkannya. SIfat mempermudah-mudahkan bangun bersolat
malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri
seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang,
maka dirinya adalah tidak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat
kesan tindak balas hasil perlakukan syaitan tersebut.

5. Membaca doa perlindungan apabila masuk didalam tandas.
Tandas adalah tempat ktor dan merupakan rumah bagi syaitan, Apabila
Rasulullah S.A.W mahu memasuku tandas. Baginda akan membaca doa
perlindungan dengan berkata: Ertinya:
"Dengan nama Allah. Ya ALlah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu
dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan"

(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan dan betina

6. Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan
adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan
kenannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:

"Ya Allah, aku memohon kepadaMU kebaikan yang telah Engkau selubungi
ke atasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang
telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini
atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan
orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah
melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya:
(Riwayat Abu daud dan Menurut Al Albaaniy Sanadnya Baik)
Amalkan memakan tamar (kurma) 'ajwah dan jika boleh makan bersama
tamar madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedia-dua jenis
tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati
sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
"barang siapa yang memakan tujuh biji tamar'ajwah, dia tidak akan
mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari
itu".
(Riwayat Al Bukhari)
~wallahua'lam~

No comments

We will not be responsible for any losses, damages and anything related to your comment. Please provide Ur Name(nickname accepted), Location and Your Support/Creative Comment/Feedback/Question, etc. Have a Pleasant day.

Popular Posts

Web Hits

Powered by Blogger.