Dalam hadis yang bersumber dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah saw pernah berwasiat kepada menantunya Ali bin Abi Thalib (sa):

“Wahai Ali, jika isterimu memasuki rumahmu, hendaknya melepaskan sandalnya ketika ia duduk, membasuh kedua kakinya, menyiramkan air dimulai dari pintu rumahmu sampai ke sekeliling rumahmu. Kerana, dengan hal ini Allah mengeluarkan dari rumahmu 70.000 macam kefakiran dan memasukkan ke dalamnya 70.000 macam kekayaan, 70.000 macam keberkatan, menurunkan kepadamu 70.000 macam rahmat yang meliputi isterimu, sehingga rumahmu diliputi oleh keberkatan dan isterimu diselamatkan dari pelbagai yakit selama dirinya berada di rumahmu".

Cegahlah isterimu (selama seminggu dari awal perkawinan) minum susu dan cuka, makan Kuzbarah (sejenis rempah-rempah, ketumbar) dan epal yang masam. Ali bertanya: Ya Rasulullah, mengapa ia dilarang dari empat perkara tersebut? Rasulullah saw menjawab: Empat perkara tersebut boleh menyebabkan isterimu mandul dan tidak membuahkan keturunan. Sementara, tikar di rumahmu lebih baik dari perempuan yang mandul. Kemudian Ali (sa) bertanya: Ya Rasulallah, mengapa ia tidak boleh minum cuka? Rasulullah saw menjawab: Cuka boleh menyebabkan tidak sempurna kesucian haidnya; Kuzbarah menyebabkan kesan negatif pada darah haid juga menganggu kandungannya dan menyulitkan kelahiran; sedangkan epal yang masam boleh menyebabkan darah haid terputus sehingga menimbulkan penyakit baginya.

Kemudian Rasulullah saw bersabda:

Pertama: Wahai Ali, janganlah kamu menggauli isterimu pada awal bulan, tengah bulan, dan akhir bulan, kerana hal itu mempermudahkan datangnya penyakit gila, kusta, dan berlakunya kerosakan saraf padanya dan keturunannya.

Kedua: Wahai Ali, janganlah kamu menggauli isterimu selepas Zohor, hal ini kerana (bila dianugerahkan anak) akan menyebabkan jiwa anak mudah goncang, dan syaitan sangat menyukai manusia yang jiwanya goncang.

Ketiga: Wahai Ali, janganlah kamu menggauli isterimu sambil berbicara, hal ini kerana (bila dianugerahkan anak) dapat menyebabkan kebisuan pada anak. Dan janganlah seorang suami melihat kemaluan isterinya, oleh itu hendaklah kamu memejamkan matamu semasa melakukan hubungan, kerana melihat kemaluan itu boleh menyebabkan kebutaan pada anak.

Keempat: Wahai Ali, jangan menggauli isterimu dengan dorongan syahwat pada wanita lain (membayangkan perempuan lain), kerana (bila dikurniakan anak) dikhuatiri memiliki sikap seperti wanita itu dan memiliki gangguan kejiwaan.

Kelima: Wahai Ali, barangsiapa yang bercumbu dengan isterinya di tempat tidur janganlah sambil membaca Al-Qur’an, karena aku khuatir turun api dari langit lalu membakar keduanya.

Keenam: Wahai Ali, jangan menggauli isterimu dalam keadaan telanjang bulat, juga isterimu, kerana dikhuatiri tiada keseimbangan syahwat, yang akhirnya menimbulkan pergaduhan di antara kamu berdua, kemudian menyebabkan perceraian.

Ketujuh: Wahai Ali, janganlah menggauli isterimu dalam keadaan berdiri, hal ini kerana ia merupakan sebahagian dari perlakuan anak keldai, dan (bila dianugerahkan anak) anak tersebut suka kencing di tempat tidur seperti anak keldai kencing di sembarangan tempat.

Kelapan: Wahai Ali, jangan menggauli isterimu pada malam ‘Idul Fitri, hal ini kerana (bila dikurniakan anak) akan menyebabkan anak memiliki banyak keburukan.

Kesembilan: Wahai Ali, jangan menggauli isterimu pada malam ‘Idul Adhha, kerana (bila dianugerahkan anak) akan menyebabkan jari-jarinya tidak sempurna, enam atau empat jari-jari.

Kesepuluh: wahai Ali, jangan menggauli isterimu di bawah pohon yang berbuah, hal ini kerana (bila dianugerahkan anak) menyebabkan dia menjadi orang yang penyambuk atau pembunuh atau tukang sihir.

Kesebelas: Wahai Ali, jangan menggauli isterimu di bawah sinar cahaya matahari secara langsung kecuali ditutupi tirai, kerana hal itu (bila dianugerahkan anak) boleh menyebabkan kesengsaraan dan kefakiran sehingga meninggal.

Kedua belas: Wahai Ali, jangan menggauli isterimu diantara azan dan iqamah, karena hal itu (bila dikurniakan anak) menyebabkan dia suka melakukan pertumpahan darah.

Ketiga belas: Wahai Ali, jika isterimu hamil, janganlah menggaulinya kecuali kamu dalam keadaan berwudhu’, kerana (bila dikurniakan anak) akan menyebabkan buta hatinya dan bakhil tangannya.

Keempat belas: Wahai Ali, jangan menggauli isterimu pada malam Nisfu Sya’ban, kerana hal itu (bila dikurniakan anak) boleh menyebabkan berlakunya gangguan pada biologinya, bertompel pada kulit dan wajahnya.

Kelima belas: Wahai Ali, jangan menggauli isterimu pada akhir bulan bila sisa darinya dua hari (hari mahaq), kerana hal itu (bila dianugerahkan anak) boleh menyebabkan dia suka bekerjasama dan menolong orang yang zalim, dan menjadi perosak kepada kesatuan muslimin.

Keenam belas: Wahai Ali, jangan menggauli isterimu di atas dek bangunan (yang tidak beratap), kerana hal itu (bila dianugerahkan anak) menyebabkan ia menjadi orang munafik, riak, dan menjadi ahli bi’ah.

Ketujuh belas: Wahai Ali, jangan menggauli isterimu, ketika hendak melakukan perjalanan (bermusafir), janganlah kamu menggaulinya pada malam tersebut, hal ini kerana, (bila dikurniakan anak) akan menyebabkan ia suka membelanjakan harta di jalan yang tidak benar (membazir). Kemudian Rasulullah saw membacakan firman Allah swt:
إِنَّ الْمُبَذِّرِيْنَ كَانُوْا إِخْوَانَ الشَّيَاطِيْنَ.
Sesungguhnya membazir itu adalah saudara syaitan.” (Al-Isra’: 27).

Kelapan belas: Wahai Ali, janganlah menggauli isterimu jika kamu hendak bermusafir 3 hari 3 malam, hal ini kerana (bila dianugerahkan anak) boleh menyebabkan anak menjadi penolong orang yang zalim.

Kesembilan belas: Wahai Ali, gauilah isterimu pada malam isnin, karena hal itu (bila dikuniakan anak) akan menyebabkan dia menjadi pemelihara Al-Qur’an, redha terhadap pemberian Allah swt.

Kedua puluh: Wahai Ali, jika kamu menggauli isterimu pada malam Selasa, hal ini (bila dikurniakan anak) boleh menyebabkan dia dianugerahkan syahadah setelah bersaksi “Sesungguhnya tiada tuhan kecuali Allah dan Muhammad adalah utusan Allah”, Allah tidak menyiksanya bersama orang-orang yang musyrik, bau mulutnya harum, hatinya penyayang, tangannya dermawan, dan lisannya suci dari ghibah dan dusta.

Kedua puluh satu: Wahai Ali, jika kamu menggauli isterimu pada malam Khamis, hal itu (bila dianugerahkan anak) boleh menjadikan anak tersebut seorang ahli hukum dan orang yang A'lim.

Kedua puluh dua: Wahai Ali, jika kamu menggauli isterimu pada hari Khamis setelah matahari tergelincir, hal itu (bila dikurniakan anak) akan menyebabkan ia tidak didekati syaitan sampai berubah rambutnya, menjadi orang yang mudah paham, dan dianugrahkan Allah Azza wa Jalla keselamatan dalam beragama dan di dunia.

Kedua puluh tiga: Wahai Ali, jika kamu menggauli isterimu pada malam Jumaat, hal itu (bila dianugerahkan anak) boleh menjadikan anak itu orang yang orator. Jika kamu menggauli isterimu pada hari Jumaat setelah Asar, (bila dikurniakan anak) boleh menyebabkan dia menjadi orang yang terkenal, termasyhur dan A'lim. Jika kamu menggauli isterimu pada malam Jumaat sesudah ‘Isya’, maka diharapkan kamu memiliki anak yang menjadi penerus, insya Allah.

Kedua puluh empat: Wahai Ali, jangan gauli isterimu pada awal waktu malam (maghrib), ini kerana (bila dianugerahkan anak) akan menjadikan anak tersebut, orang yang tidak beriman, menjadi tukang sihir yang akibatnya buruk di dunia hingga di akhirat.

Kedua puluh lima: Wahai Ali, pegang teguhlah wasiatku ini sebagaimana aku memeliharanya dari Jibril (as). (Kitab Makarimul Akhlaq: 210-212)

petikan artikel.
-----------------------------------------------------

No comments

We will not be responsible for any losses, damages and anything related to your comment. Please provide Ur Name(nickname accepted), Location and Your Support/Creative Comment/Feedback/Question, etc. Have a Pleasant day.

Popular Posts

Web Hits

Powered by Blogger.