Perkembangan fetus - hamil 34 minggu
Ditulis untuk BabyCenter Malaysia 


Berat bayi anda sekarang 4.7 paun / 2.2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Dia semakin gempal dan bulat - dia akan memerlukan lapisan-lapisan lemaknya untuk mengaturtepatkan suhu badannya.

Jika sebelum ini anda belum lagi mula bercakap dengan bayi anda, ini adalah masa yang baik untuk memulakannya - pada 35 minggu kehamilan, pendengaran bayi sudah terbentuk dengan sempurna. Jangan pula terasa malu jika anda sudahpun berbual menggunakan cakap pelat bayi. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa bayi baru lahir memberi lebih perhatian kepada nada suara yang tinggi.

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!

Jika anda merasa bimbang tentang kemungkinan berlakunya pelahiran pramatang, anda akan bersenang hati untuk mengetahui bahawa 99 peratus daripada bayi yang lahir pada 35 minggu kehamilan boleh hidup di luar rahim - dan majoriti tiada menghadapi masalah yang serius. Walaupun sistem saraf pusat bayi anda masih belum matang sepenuhnya, paru-parunya sudah hampir matang sepenuhnya sekarang.

Ramai wanita mula merasakan sensasi semut-semutan dan kebas di daerah pelvis atau rasa sakit apabila mereka berjalan. Ini mungkin disebabkan sendi-sendi pelvis meregang, sebagai persediaan untuk kelahiran. Jika anda merasakan betul-betul tidak selesa, beritahu doktor anda dan rujuklah tip-tip membantu diri kami.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

DIPETIK DARI:
http://www.babycenter.com.my

No comments

We will not be responsible for any losses, damages and anything related to your comment. Please provide Ur Name(nickname accepted), Location and Your Support/Creative Comment/Feedback/Question, etc. Have a Pleasant day.

Popular Posts

Web Hits

Powered by Blogger.