Wanita solehah ialah wanita penghibur suami. Merekalah sebenarnya wanita penghibur dan isteri yang paling pandai melayani suaminya, dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta yang tulen. Sehingga hati suami selalu merindukannya dan tidak mahu berpisah dengannya walaupun sekejap.

Namun bagaimana untuk menjadikannya kenyataan?. Apa yang perlu dilakukan oleh isteri?. Mudah sahaja! Satu daripadanya ialah dengan mengukir senyuman.

Alat solek yang paling indah bagi isteri ialah senyumannya yang manis menghiasi bibir. Celak yang paling indah menghiasi sepasang matanya ialah pandangan yang mesra dan lembut.

Pakaian paling cantik yang dipakainya ialah kelembutan dan kehalusannya. Dan wangian paling harum yang dikenakanya ialah kebersihannya. Alangkah baiknya jika sang isteri menggunakan senyumannya yang manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajahnya yang berseri2 terutama sekali ketika mengiringi pemergian suami tersayang ke muka pintu, apabila suami hendak keluar rumah dan apabila menyambut kepulangannya. Rasulullah SAW pernah memberitahu Sayidina Umar .a. yakni tentang harta yang paling baik di dunia ini ialah isteri yang solehah dan satu daripada ciri isteri yang solehah kata Rasulullah SAW ialah yang mengembirakan suaminya apabila suami melihat ke arahnya.

Apabila suami pandang sahaja wajah isterinya yang menghantar dan menyambutnya di muka pintu dengan senyuman manis, wajah yang dihiasi cantik untuk suaminya (tidak comot), rasa lapang hati dan gembira tidak terkata. Hilang segala rasa letih, lapar, dahaga dan tekanan perasaan. Semuanya hilang disebabkan mujarabnya senyuman isteri yang diiringi kata-kata yang lembut dan manja menusuk kalbu. Ini yang menyebabkan hati suami tertawan dan segera pulang ke rumah, bukan kerana takut isteri yang ‘Queen Control’ hinggakan suami nak pergi kerja pun kena bawa jam loceng sebab takut terlewat pulang kena marah dengan isteri. Isteri begini tak masuk booklah..!

Cuba kita bayangkan ketika hendak menaiki dan turun dan kapal terbang. Ada beberapa pramugari yang ditugaskan untuk menyambut kita di muka pintu, dengan senyuman yang manis mengucapkan selamat datang, selamat pagi, terima kasih dan sebagainya. Kita berasa sungguh seronok apabila disambut dan dilayan sedemikian rupa. Apatah insan yang bergelar suami yang mendapat layanan yang paling istimewa dari pada isterinya yang tercinta. Hati suami akan gembira tidak terperi.

Mari kita betapa pentingnya untuk isteri mengiringi pemergian suami ke maka pintu apabila suami hendak keluar rumah dan menyambut kepulangannya dengan senyuman:

1) Sebagai semangat dan motivasi kepada suami yang keluar mencari nafkah dan berasa letih apabila selesai bekerja. Kajian mengatakan : “suami yang mendapat belaian dan perhatian daripada isterinya akan cemerlang di tempat kerjanya dan di tengah masyarakat.”

2) Merapatkan hubungan antara suami isteri dan menerbitkan rasa rindu ingin segera bertemu.

3) Suami merasakan dirinya dihargai dan disayangi

4) Timbul perasaan saling mempercayai anatara satu sama lain.

5) Turunnya rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT, sebagaimana sabda Rasulullah SAW “Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandang (dengan penuh rasa cinta-kasih) maka Allah SWT menatap mereka dengan pandangan kasih mesra. Jika suami membelai tangan isterinya maka dosa mereka jatuh berguguran di celahan jari-jari tangan mereka”. (Riwayat Maisarah bin Ali daripada Abu Said Al-Khudri)

6) Senyuman adalah rahsia awet muda. Kajian mengatakan apabila seseorang itu senyum, dia menggunakan 14 otot di mukanya dan ini adalah rahsi awet muda. Manakala apabila seseorang itu bermasam muka, dia telah menggunakan 72 otot di mukanya dan ini adalah penyebab ‘awet’ tua.

7) Senyuman mendapat pahala sedekah, ditambah dengan pahala melayani suami yang besar ganjarannya di sisi Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda: “mana-mana wanita yang menunggu suami pulang lalu disapukan mukanya, dihamparkan tempat duduknya, menyediakan makanannya, merenung suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangannnya, memelihara anaknya dan memanfaatkan hartanya kepada suaminya kerana mencari keredhaan Allah SWT, maka dituliskan baginya tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya, tiap-tiap renugannya kepada suaminya sebagai pahala memerdekakan seorang hamba”. (Riwayat Ibnu Mas’ud)


Contohilah peribadi agung Sayidina Khadijah yang menyambut kepulangan Rasulullah SAW dari Gua Hira’ sewaktu berlakunya peristiwa wahyu pertama. Baginda yang menggigil ketakutan disambut dengan seyuman dan dipangkunya baginda di ribaannya dengan kata-kata manis:

“Bergembiralah wahai sayangku…! Demi Allah, Dia tidak menghinakan kekanda sedikit pun. Demi Allah, kekanda sentiasa memelihara hubungan baik dengan keluarga, bicara jujur, menunaikan amanah, tabah menanggung musibah, suka menerima tamu dan senang menolong orang yang ditimpa bencana.”

Kata-kata ini memberi dorongan dan kekuatan kepada Rasulullah SAW untuk meneruskan perjuangannya di dalam menyampaikan dakwah baginda. Inilah isteri mithali yang merupakan pendamping yang paling setia kepada suami tercinta.

Wanita yang solehah akan membantu suaminya mencapai syurga Firdaus di akhirat, di samping dia sendiri pun akan memperolehi kedudukan istimewa di sisi Allah SWT.

No comments

We will not be responsible for any losses, damages and anything related to your comment. Please provide Ur Name(nickname accepted), Location and Your Support/Creative Comment/Feedback/Question, etc. Have a Pleasant day.

Popular Posts

Web Hits

Powered by Blogger.