Hari Sabtu

Allah s.w.t. berfirman ertinya : 'Tanyailah mereka daripada ahli negeri yang hadir dilaut ketika mereka kembali pada hari sabtu'.

Daripada Muslim bin Abdullah, daripada Sai'd bin Jubair, daripada Anas bin Malik r.a dia berkata : ' Rasullullah s.a.w. ditanya oleh seseorang masalah hari-hari yang tujuh'.

Baginda menjawab : ' hari sabtu adalah dinamakan sebagai hari tipu daya'.

lalu para sahabat bertanya : ' mengapakah dinamakan dengan demikian Ya Rasullulah?'.

Jawab baginda Nabi : 'kerana pada hari itu orang-orang kafir quraisy telah mengadakan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah'.

Peristiwa yang berlaku pada hari sabtu

  • Kaum Nabi Nuh a.s berusaha melakukan tipudaya terhadap Nabi Nuh, akhirnya di binasakan oleh Allah dengan angin taufan, dan air yang dicurahkan sekaligus daripada langit
  • Kaum Nabi Saleh berusaha untuk melakukan tipu daya terhadap Nabi Saleh. Akhirnya Allah binasakan mereka sekaliannya
  • Saudara-saudara Nabi Yusuf berusaha untuk memperdaya (membinasakan) Nabi Yusuf. kerana merasa dengki,apabila mereka mengetahui tentang takwil mimpinya Nabi Yusuf, iaitu bulan dan bintang sujud pada Nabi yusuf. Akhirnya saudara-saudaranya mendapat celaan daripada Allah.
  • Kaum Nabi Musa a.s berusaha melakukan tipu daya terhadap Nabi Musa. Akhirnya Allah kembalikan tipudaya mereka dan mereka dihinakan.
  • Kaum Nabi Isa a.s berusaha melakukan tipudaya terhadap Nabi Isa. Akhirnya mereka dihalau oleh Allah dan dihinakan
  • Puak-puak kafir quraisy berusaha untuk melakukan tipudaya terhadap Nabi. Maka Allah menimpakan azab dan seksa terhadap mereka semasa di dunia. Kemudian seksa di dalam kubur.Selepas itu diseksa di hari kiamat dengan seksa api neraka yang amat dahsyat.
  • Bani Israel berusaha melakukan tipu daya dengan larangan Allah. Akhirnya dirubah wajah-wajah mereka dan dilaknat oleh Allah
Hari ahad

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a ia berkata : 'Rasullulah s.a.w.pernah ditanya tentang hari ahad.'

lalu jawab Nabi : 'hari ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan'.

Tanya sahabat : ' mengapakah demikian Ya Rasullullah?'.

Jawab baginda : ' kerana pada hari ahad Allah memulakan menciptakan dunia dan membangunnya'.

Peristiwa yang berlaku pada hari ahad.
  • Allah telah menciptakan langit sebagai tempat perputaran bulan dan bintang.
  • Allah telah menciptakan bintang-bintang yang beredar.
  • Allah telah menciptakan pada yang tempat yang bawah sekali.
  • Allah telah menciptakan bumi sebagai tempat kediaman.
  • Allah telah menciptakan lautan.
  • Allah telah menciptakan anggota tubuh manusia.
  • Allah telah menciptakan masa dan angin puting beliung.
Hari isnin
Anas Bin Malik r.a bertanya kepada Rasullah s.a.w tentang hari isnin. Jawab Rasullullah : ' hari isnin ialah hari yang baik untuk musafir dan untuk berniaga'.

Tanya Anas Bin Malik r.a : ' mengapakah dinamakan dengan demikian Ya Rasullullah?'

Jawab Baginda: ' kerana bahawasanya hari isnin Nabi syith telah bermusafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapatkan keuntungan daripada perniagaannya'.

peristiwa yang berlaku pada hari isnin
  • Nabi Idris a.s diangkat ke langit pada hari isnin
  • Nabi Musa pergi bermunajat ke bukit tursina pada hari isnin
  • turunnya dalil yang menunjukkan tentang Esanya Allah pada hari isnin
  • Rasullullah s.a.w dilahirkan pada hari isnin.
  • Mula- mula Jibril turun menjumpai baginda rasul pada hari isnin
  • Dilapurkan sekalian amalan ummat-ummat nabi muhammad s.a.w kepada Allah setiap hari isnin
  • kewafatan Nabi Muhammad pada hari isnin.
Hari selasa

Diriwayatkan Anas Bin Malik r.a. ia berkata 'seseorang telah bertanya kepada baginda rasul tentang hari selasa.

baginda menjawab ' hari selasa ialah hari berdarah'.

sahabat bertanya : ' mengapakah dinamakan hari berdarah Ya Rasullulah?'

baginda menjawab ' kerana pada hari selasa , bermulanya Siti Hawa berhaid... Dan pada hari itu pula mula-mula terjadinya pembunuhan iaitu anak Nabi Adam membunuh saudaranya'.

Peristiwa yang berlaku pada hari selasa
  • Pembunuhan Nabi jurjis a.s
  • pembunuhan Nabi Yahya a.s
  • Pembunuhan Nabi Zakariya a.s
  • Pembunuhan tukang-tukang sihir fir'aun
  • Pembunuhan Asiah binti Mazahim isteri fir'aun
  • Pembunuhan yang mempunyai lembu betina ummat bani israil
  • Pembunuhan Habil in Adam a.s
Hari Rabu

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a ia berkata : ' Rasullullah ditanya oleh para sahabat tentang hari rabu.

baginda menjawab : ' hari rabu ialah hari kebinasaan dan berkekalan'.

Para sahabat bertanya : ' sebab apa yang di katakan sedemikian Ya Rasullulah?'.

baginda menjawab : ' kerana pada hari itu Allah menggelamkan fir'aun bersama kaumnya. kaum samud dan kaum 'ad yang mereka itu kaum Nabi saleh dibinasakan oleh Allah pada hari Rabu'.

Peristiwa yang berlaku pada hari rabu

  • 'Auj dan unuq dibinasakan dengan burung hud-hud
  • qorun dibinasakan oleh bumi
  • Fir'aun dibinasakan dengan ditenggelamkan mereka dalam laut
  • Namrud di binasakan dengan binatang
  • Syadad bin 'Ad dibinasakan dengan teriakan malaikat jibril
  • kaum nabi lut dibinasakan dengan batu
  • kaum 'Ad dibinasakan dengan angin
Hari khamis

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a ia berkata : ' seorang bertanya kepada Rasullullah tentang hari khamis.

baginda menjawab : ' hari khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat'.

Tanya sahabat pula : ' mengapakah dikatakan sedemikian Ya Rasullullah?' .

baginda menjawab : ' kerana bahawasanya Nabi Ibrahim Kholilullah a.s, pergi ke istana Mesir, maka raja mesir menunaikan hajatnya dengan mengembalikan isterinya Siti Sarah'.

Peristiwa yang berlaku pada hari khamis
  • Nabi Ibrahim Kholilullah a.s, pergi ke istana Mesir, maka raja mesir menunaikan hajatnya dengan mengembalikan isterinya Siti Sarah
  • pemerah khamar raja Mesir dibebaskan daripada penjara, kemudian kembali bekerja sebagai pemerah khamar untuk raja, sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud : " adapun salah seorang daripada kamu berdua, akan memberi minum tuannya dengan kahmar."
  • saudara-saudara Nabi yusuf datang menghadap nabi yusuf, maka mereka mendapat kenikmata, sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud : " dan saudara-saudara Yusuf datang ke Mesir, lalu mereka masuk kepadanya, maka Yusuf mengenal mereka sedangkan mereka tidak kenal lagi padanya."
  • Bunyamin pergi ke negeri Mesir, maka bertemu dengan saudaranya iaitu nabi yusuf, sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud: " apakala mereka mask ke tempat yusuf, maka yusuf membawa saudaranya "
  • Nabi Ya'kub a.s masuk ke negeri Mesir,maka ia mendapat keamanan, sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud : " masuklah ke negara mesir, Insyaallah kamu mendapat keamanan"
  • Nabi Musa masuk ke negeri Mesir, maka ia bertemu dengan seorang suku Qibti, sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud " Dan masuklah ke dalam kota ketika penduduknya lalai, maka ia menjumpai padanya dua orang yang saling berbunuh-bunuhan".
  • Nabi Muhammad s.a.w masuk ke kota Makkah, maka beliau mendapat kemenangan dan pertolongan, sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud : "demi sesungguhnya Allah membenar dan rasulnya dengan mimpi-mimpi yang benar".
Hari Jumaat

Diriwayatkan daripada muslim bin abdullah, daripada Anas bin malik, daripada sa'id bin jubair dia berkata : ' baginda Rasullullah ditanya oleh seseorang sahabat tentang hari jumaat.

baginda menjawab : 'hari jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan penghubungan dan pernikahan.

Tanya sahabat : ' mengamakah dikatakan dengan demikian Ya Rasullullah? '

baginda menjawab : ' kerana bahawasanya nabi-nabi ramai yang bernikah pada hari itu'.

Peristiwa yang berlaku pada hari jumaat.
  • pernikahan Nabi Adam dan Hawa atas keduanya selawat dan salam
  • pernikahan Nabi yusuf a.s dan Zulaika a.s
  • pernikahan Nabi Musa dan shafuro' atas keduanya salam
  • pernikahan Nabi sulaiman dan ratu Balqis atas keduanya rahmat dan salam
  • pernikahan Nabi muhammad s.a.w dengan khadijah
  • pernikahan Nabi Muhammad s.a.w dengan siti aisyah
  • pernikahan ali bin abu talib dengan fatimah az-zahra r.a
-buku rahsia di sebalik 7 hari yang disediakan oleh as- syeikh abi nasir muhammad bin abdur rahman al- hamdani -

No comments

We will not be responsible for any losses, damages and anything related to your comment. Please provide Ur Name(nickname accepted), Location and Your Support/Creative Comment/Feedback/Question, etc. Have a Pleasant day.

Popular Posts

Web Hits

Powered by Blogger.