Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, beberapa hari ini sarawak dihujani dengan Rahmat Allah.. hujan turun dengan kadar cukup untuk mengurangkan kadar jerebu yang baru2 ni melanda negara.. Negeri Sarawak pun tidak terkecuali dimana di Bahagian Kuching sahaja hampir mencecah bacaan IPU 100.. Subhanallah.. dengan hanya IPU sedikit sudah mampu menganggu serba sedikit kegiatan hidup seharian.. apa lagi saudara2 yang berada di semenanjung M'sia, terutamanya di JB dan lain2 negeri yang sempat diistiharkan darurat...
Alhamdulillah sekali lagi kita panjatkan.. dengan Kasih & Rahmat Allah..
walaupun kiranya masih ramai terdapat hamba Allah diluar sana yang ingkar pada-NYA, Allah tetap beri kemudahan dan bantuan, sesungguhnya.. Kasih sayang Allah itu melebihi kemurkaanNya..
betapa cinta nya ALLAH pada hamba2Nya.. Allahu Akbar..!

Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata, Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya Allah berfirman : Barangsiapa yang memusuhi kekasih Ku, maka Aku istiharkan perang dengan nya. Tiada sesuatu yang lebih Aku sukai dari hamba Ku, melainkan dia mengerjakan amalan yang Aku wajibkan kepada nya, untuk mendekatkan diri kepada Ku. Dan hamba Ku selalu mengerjakan amalan-amalan sunah untuk mendekatkan diri kepada Ku sehingga aku mencintainya. Apabila aku menyintai nya, maka Aku merupakan pendengaran yang dia pergunakan untuk mendengar nya. Aku merupakan penglihatan yang dia pergunakan untuk melihat. Aku merupakan tangan yang dia pergunakan untuk bertindak, Aku adalah kakinya, yang dia pergunakan untuk berjalan. Andainya dia meminta sesuatu kepada Ku, pastilah aku tunaikan, jika dia meminta perlindungan kepada Aku, nescaya Aku beri perlindungan untuknya. (hadis riwayat Bukhari:: dari kitab Shahih Riyadhus Shalihin Imam Nawawi)


marilah kita sama2 ambil iktibar.. berubah sebelum diubah..
berubahlah kerana Allah.. jadikan Islam itu kehidupan yang benar2 disyariatkan Allah..
seperti mana Allah pilih sebagai satu2nya Agama pilihan yang diRedhaiNya..

(yang baik datang nya dari Allah Yang Maha Mulia,
yg hina datang diri yg xsempurna Taqwa ini)
*Sekadar berkongsi dan memperingatkan diri yang sering Lupa dan Leka..

-Wassalam-

No comments

We will not be responsible for any losses, damages and anything related to your comment. Please provide Ur Name(nickname accepted), Location and Your Support/Creative Comment/Feedback/Question, etc. Have a Pleasant day.

Popular Posts

Web Hits

Powered by Blogger.