Assalamualaikum wbt..salam sejahtera..

Alhamdulillah.. 2,3 hari lalu saya ada terbaca sebuah artikel.. insyAllah.. saya kan post kn disini.. pertama kali kreadit untuk penulisnya dan Harian Metro..
sama-sama kita ikuti kisahnya..

Ratu Elizabeth dan wanita Islam

Oleh Hilmi Isa
Saya baru sahaja selesai membaca satu e-mel dikirim seorang sahabat. Kisah benar ini berkaitan seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di Amerika Syarikat (AS). Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.
Suatu malam wanita ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu pada masa itu. Disebabkan hari sudah lewat, menapak di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat pada waktu itu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia pada saat itu. Waktu dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam mukanya. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya. Keesokan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong dia lalui semalam, hanya sepuluh minit selepas dia melintasi lorong berkenaan.

Dia yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan membuat aduan. Wanita ini dapat mengenal pasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis mendapat bukti bahawa lelaki terbabit adalah perogol yang dicari. Tapi wanita ini hairan juga kenapa lelaki tadi tidak menjadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong itu, walhal dia keseorangan, tapi masih dipilih perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini hendak sangat mengetahui sebabnya. Jadi, dia meminta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol terbabit.
Dia bertanya perogol itu dalam bahasa Inggeris yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu: “Kenapa awak tidak melakukan apa-apa terhadap saya malam itu walaupun awak tahu saya seorang sahaja pada masa berkenaan?” Perogol itu menjawab: “Tidak, awak bukan berseorangan. Malam itu saya nampak ada dua orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang berada di sebelah kanan awak dan seorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak seorang diri malam itu, sudah pasti awak jadi mangsa saya.” Wanita ini berasa amat terkejut apabila mendengar penjelasan perogol itu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memeliharanya malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca.

Daripada Abdullah bin Amr RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan dua orang malaikat memeliharanya hingga Subuh. Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya...” Berikut pula adalah dialog perbualan seorang lelaki Inggeris yang skeptikal dengan hukum Islam terhadap wanita. Persoalan beliau dijawab oleh seorang syeikh (orang tua atau orang alim) yang sangat berilmu. Lelaki itu bertanya: “Kenapa dalam Islam wanita tidak boleh berjabat tangan dengan lelaki?” Syeikh menjawab: “Dapatkah kamu berjabat tangan dengan Ratu Elizabeth?” Lelaki itu membalas kembali: “Oh tentu sekali tidak boleh! Cuma orang tertentu sahaja yang dapat berjabat tangan dengan ratu.” Syeikh tersenyum seraya berkata: “Wanita-wanita kami (kaum Muslimat) adalah kalangan ratu dan ratu tidak boleh berjabat tangan dengan lelaki sembarangan (yang bukan mahramnya).” Lalu si lelaki itu mengalihkan sedikit fokus isu dan bertanya lagi: “Kenapa perempuan Islam menutupi tubuh dan rambut mereka?” Syeikh tersenyum dan mengeluarkan dua coklat daripada poket beliau. Ilmuwan itu membuka yang pertama dan membiarkan satu lagi tertutup. Dia melemparkan keduanya ke lantai yang kotor.

Lantas syeikh bertanya: “Jika saya meminta anda untuk mengambil satu coklat, mana yang anda pilih?” Lelaki itu menjawab: “Yang tertutup...” Syeikh berkata: “Itulah cara kami memperlakukan dan melihat perempuan kami.” Terbukti dan jelas, syariat Islam berkaitan wanita bukan untuk mengongkong, tapi bertujuan melindungi kesucian dan kehormatan Muslimat. Justeru, pastikan ahli keluarga kita, terutama anak gadis dalam konteks ini mentaati syariat untuk memperolehi kebahagiaan dunia dan akhirat. Penulis Perunding Psikologi Bahasa & Penulis Buku Marah Tapi Sayang dan boleh dihubungi melalui Facebook: Hilmi Isa (Psikologi Bahasa)
Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/21
********************
sama-sama kita renungkan..
Sekadar berkongsi & memperingatkan diri ini yang sering lalai dan lupa..

Wassalam

-----------------------------------------------------

No comments

We will not be responsible for any losses, damages and anything related to your comment. Please provide Ur Name(nickname accepted), Location and Your Support/Creative Comment/Feedback/Question, etc. Have a Pleasant day.

Popular Posts

Web Hits

Powered by Blogger.