*Dari Amirul Mukminin Abu Hafsh,
Umar bin Al-Khathab radhiyallahu ‘anhu, ia berkata :

“Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Segala amal itu tergantung niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya itu Karena kesenangan dunia atau karena seorang wanita yang akan dikawininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya”.

*Ali bin Abi Talib bercerita mengenai sifat Rasulullah:

"Rasulullah tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rendah. Beliau bertubuh sederhana dalam kalangan kaumnya. Rambutnya tidak keriting bergulung dan tidak juga lurus kaku, melainkan ikal beralun. Badannya tidak gemuk,be ntuk wajahnya tidak bulat tetapi bujur telur. Kulitnya putih kemerah-merahan. Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik. Tulang sendinya gagah, bahunya bidang. Badannya bersih daripadu bulu dan rambut, tetapi beliau mempunyai bulu lebat yang memanjang dari dada sampai ke pusat. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal.

Apabila Rasulullah berjalan, pergerakanya kelihatan tegap (kakinya diangkat dengan kekuatan), seolah-olah beliau sedang turun di lereng yang curam. Apabila beliau berpaling, kedua-dua bahunya berpaling serentak (seluruh badannya turut berpaling). Di antara kedua-dua bahunya, terdapat Khatamun-nubuwah[1], iaitu tanda kenabian para nabi. Rasulullah merupakan seorang manusia yang hatinya paling pemurah (Rasulullah tidak pernah berkeluh-kesah atas sikap tidak bertimbang rasa dan penyeksaan oleh kaumnya). Beliau adalah orang yang kata-katanya paling jujur.

Manusia yang perangainya paling lembut, dan paling ramah dalam pergaulannya. Sesiapa yang melihatnya buat pertama kali, pasti akan menaruh hormat dan segan kepadanya. Sesiapa yang berkenalan dengan beliau tentu nanti akan mencintainya. Orang yang menceritakan sifat Rasulullah, tentu akan berkata, "Belum pernah aku melihat seorang yang setanding dengan beliau, samada sebelum kelahirannya ataupun sesudah beliau meninggal dunia"".

(Direkodkan oleh Tirmizi)
Dipetik daripada buku "Syamail Muhammadiyah"

Sekadar Berkongsi dan memperingatkan diri ini yang sering lupa & leka

-----------------------------------------------------

No comments

We will not be responsible for any losses, damages and anything related to your comment. Please provide Ur Name(nickname accepted), Location and Your Support/Creative Comment/Feedback/Question, etc. Have a Pleasant day.

Popular Posts

Web Hits

Powered by Blogger.